please click...

Thursday, 14 July 2011

KE TANAH SUCI MENJADI TETAMU ILLAHI KALI PERTAMA episod 1

 Alhamdulillah  Pada 27 Mei 2011- 11 Jun 2011 saya telah direzekikan oleh Allah  s,w.t untuk menjadi tetamunya untuk melakukan ibadat umrah dan ziarah..disini saya ingin meluahkan perasaan sebenar sebaik adik perempuan  saya mengajak saya pergi menunaikan umraah...saya jadi takut, tidak seronok dan merasakan terlalu awal untuk saya ke Mekah dll perasaan yang menghantui jiwa saya......hal ini berlaku mungkin kerana saya terlalu membaca buku tentang kejadian buruk yang berlaku kepada jemaah haji dan umrah... yang mengunjungi tanah suci...saya takut perkara buruk menimpa diri saya ....inilah kejahilan yang terdapat dalam diri saya...ah ahahhhhhhhhh....risau!!!!!!!!!!ai


pelbagai perasaan bercampuk aduk .....pahit-manis ,suka -duka, asam garam sedih gembira ,sabar redha, syukur dan bosan dan pelbgai lagi mengganggu diri saya...takut,ngeri, risau lalu saya mengadapa ILLAHI dan mengadu tentang perasaan kacau ini...memang ALLAH MAHA MENDENGAR !!!


Memang benar kata ulamak dan kawan rapat saya, Hjh Sakinah.....apabila Allah ingin kita menjadi tetamunya..DIA akan membalikkan hati kita dengan segera...tetiba sahaja perasaan ingin ke tanah suci mula meyelubungi diri saya sebaik sahaja saya memohon dengaNYA  dan membuat sembahyang taubat dan lain-lain...Bahkan perasaan itu mula berkobar-kobar seolah tidak sabar -sabar lagi...


Akhirnya saya bersama emak, dan adik perempuan saya cit membuat pelbagai persiapan untuk menjadi tetamu Allah ke tanah suci...pada tarikh tersebut kami telah selamat bertolak ke tanah suci...









No comments:

Post a Comment