please click...

Sunday 30 October 2011

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA..penting....penting !!!!!

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

By Cikgu Azid

 
BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara :
• Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
• Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
• Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
• Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.
Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :
• Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
• Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
• Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
• Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
• Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda
Maksud Sistem Encomienda :
• Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
• pemerintahnya diketuai encomiendero
Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :
• menjaga keamanan
• mengutip cukai
• mengkristiankan penduduk barangay
Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
• mengenakan cukai yang tinggi
• mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk
Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :
• pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
• pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
• pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
• pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
• Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
• Belanda menubuhkan dewan tempatan
• dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
• dewan tempatan tiada kuasa perundangan
• Belanda menubuhkan Volksraad
• Volksraad merupakan majlis rakyat
Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :
• Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
• pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
• raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
• Myothugyi menjadi ketua Bandar
• Ahmudan menjadi pegawai diraja
• Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
• raja menjadi penaung kepada sami Buddha.
Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :
• menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
• institusi raja tersingkir
• British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
• British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
• British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
• British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan
Burma
• Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
• pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
• British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
• British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
• British memperkenalkan majlis Perundangan
• beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.
Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :
• diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
• pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
• raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
• setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
• pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
• pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China
Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :
• Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
• Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
• Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
• Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
• Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
• kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
• kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
• kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga
Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :
• Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
• Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
• Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
• Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
• Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.
Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand :
• melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
• penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
• Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
• Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
• Penasihat Perancis dalam ketenteraan
Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :
• memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
• melantik juruaudit dari Britain
• pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
• memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
• pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.
Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara :
• Penunuhan Kerajaan Pusat
• Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
• pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
• pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
• Terhapusnya institusi raja
• Raja kehilangan kuasa
• Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
• Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
• Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
• Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
• Pengenalan sistem undang-undang Barat
• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
• rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
• British memperkenalkan sistem kehakiman barat
• Raja menerima penasihat Barat
• Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
• Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
• pembesar tempatan hilang pengaruh
• pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran

No comments:

Post a Comment