please click...

Tuesday 2 August 2011

rintihan hati.................................










hati yang sentiasa perlu disuci daripada perlakuan buruk kita !!!


ya.. kadang-kadang hati kita merintih dengan kehidupan ini, apa lagi jika kita muhasabah diri sendiri, pelbagai persaann yang datang bercampur-baur !!!


rasa sedih,geram ,kesal dan gembira dan yang paling utama kira rasa bosan dgn hidup kita..bosan dan tidak gembira dengan kehidupan sekeliling kita...disini disertakan sedikit petikan tentang rintihan hati...


Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang
ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.

Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.
Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : ”Allah SWT berfirman : ”Aku dengan persangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia berzdikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih sendang dengan taubat seorang manusia dari pada seorang kalian menemukan kembali perbekalanya di pada tandus. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghapd kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim).

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada seorang abid yang duduk beribadah.”

Rasulullah SAW bersabda “Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, bangunlah kepada Ku niscaya Aku akan berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepada Ku niscaya Aku datang kepadamu dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang shahih)

No comments:

Post a Comment