please click...

Sunday 14 August 2011

RAMADAN DI PALESTIN bersama aqsa syarif















SALAM SEMUA PEMBACA...BLOG..
Saya hari ini nak ceritakan sedikit pasal penderitaan rakyat palestin terutama pada bulan ramadan ynag mulia ini....
semasa saya berada di bilik guru sambil membaca paper online saya didatangi oleh beberapa orang budak22 perempuang yang datang meminta derma untuk tabung palestin...mulanya ingat siapa kah budak ini..rupanay mereka adalah pelajar universiti dari luar negara yang begitu prihatin dgn nasib rakyat palestin saudara kita yang tertindas di negaranya sendiri terutama kanak-kanak dan kaum wanita..






inilah gambar mahasiswa yang datang ke sekolah saya..
mereka wakil dari pertubuhan aqsasyarif...
silapnya lupa nak tanya nama u all ??








gambar rakyat palestin yang teraniaya..masya allah... ya allah selamatkan mereka ..




Misi & Projek

Antara misi dan projek Palestin yang dijalankan oleh Aqsa Syarif:

Yang sedang berjalan

NAMA PROJEK/JANGKAMASAMAKLUMAT RINGKAS
Konvoi AQSA2Gaza2 (A2G2)
“Ramadhan Di Palestin” 


20 – 28 Ogos 2011
Konvoi seramai 12 orang ini akan berada di Gaza untuk membantu dan meneruskan projek-projek yang telah diusahakan sebelum ini. Tiga misi utama konvoi ini adalah:
- Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM100 untuk satu beg dalam projek yang diberi nama, Back To School.
- Penerusan projek yang dikenalpasti; kilang roti, ternakan lembu, iftar, penajaan keluarga miskin dan anak yatim, pembinaan makmal universiti, bilik aktiviti khas kanak-kanak kanser Hospital Rantissi dan sebagainya.
- Rose2Rose, program dari wanita untuk wanita, iaitu usaha menubuhkan pusat komuniti untuk pembangunan wanita.
Projek Kilang Roti
Kos projek bernilai USD200,000 (RM630,000) termasuk sewaan bangunan. Kilang ini mampu memberikan peluang pekerjaan untuk 20 orang serta menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar Beit Lahiya di utara Gaza. Diuruskan oleh Islamic Society Beit Lahiya.
Projek Penajaan Keluarga Miskin dan Anak Yatim Palestin

Projek menaja keluarga miskin (KMP) dan anak yatim (AYP), meliputi Gaza dan Tebing Barat. Sebuah keluarga Palestin dibahagikan kepada unit-unit untuk ditaja iaitu di antara 50 sehingga 80 unit. Paling rendah ialah RM35 seunit sebulan, untuk jangkamasa minima 12 bulan. Untuk anak yatim pula, kos minima adalah RM170 sebulan untuk jangkamasa minima 12 bulan. Projek diuruskan oleh Wafrah (keluarga miskin) dan Takaful For Child Welfare (anak yatim).
Projek Bantuan Beg SekolahNilai projek dianggarkan sejumlah USD175,000.00 (RM550,000). Penajaan adalah sebanyak RM100.00 bagi seorang seorang pelajar dan sejumlah sehingga 5000 orang pelajar akan mengambil bahagian. Projek ini merangkumi bekalan beg sekolah, alat tulis dan pakaian pelajar. Projek ini akan dijalankan secara berperingkat.
Projek Bantuan Kanak-Kanak Pesakit Kanser di Hospital RantisiPemberian bantuan dari aspek keperluan kanak-kanak dan keluarga dengan anggaran sekitar RM250,000.00 setahun. Diuruskan oleh Institute Khatwa Youth di Gaza City.
Projek Bantuan Membangunkan Sosio-Ekonomi Keluarga MiskinProjek dianggarkan bernilai Euro300,000 (RM1.2 juta). Pembiayaan serta bantuan modal permulaan dan modal pusingan perniagaan dan perusahaan kecil-kecilan. Diuruskan oleh Al-Najdah Social Asssociation Gaza dan Emaar Association di Khanyounis, selatan Gaza.
Projek Ternakan Lembu, Kambing, Ayam dan ArnabProjek dianggarkan bernilai RM300,000.00 (USD100,000). Projek ini bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Ianya bukan sahaja akan memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Diuruskan oleh Persatuan Islam Jabalia.
Projek Ternakan Ikan Air Tawar dan Kilang Memproses Makanan IkanKos projek dianggarkan sejumlah RM300,000.00. Sejak sekatan dan kawalan perairan laut di barat Gaza, para nelayan dihalang untuk ke laut.  Oleh itu projek ini akan membantu menurunkan kos operasi projek di samping membantu menyediakan keperluan ikan tanpa perlu bergantung kepada makanan ikan yang terlalu mahal yang diperolehi dari Israel. Teknologi dari Korea telah dikenalpasti bagi menjayakan projek ini. Diuruskan oleh Persatuan Islam Gaza yang telah berjaya memulakan projek fasa pertama.

Yang terdahulu

NAMA PROJEK/JANGKAMASAMAKLUMAT RINGKAS
Konvoi Darat ke Gaza – Aqsa2Gaza Viva Palestina 5
18 September 2010 – 21 Oktober 2010
Konvoi VP5 yang disertai oleh sukarelawan dari pelbagai negara dan
diwakili oleh 5 orang sukarelawan Viva Palestina Malaysia dan 7
orang sukarelawan dari Aqsa Syarif, telah memulakan perjalanan
dari London, UK pada 18 September 2010. Konvoi telah membawa
bantuan perubatan dan sumbangan bernilai jutaan dollar merentasi
beberapa buah negara Eropah dan Asia Barat. Akhirnya konvoi tiba di Gaza pada hari Khamis, 21 Oktober 2010.
Kempen Bersamamu: Palestin TV3
18 Ogos 2010 – 8 September 2010
Projek kerjasama dengan Media Prima Berhad menerusi saluran TV3.
Menerusi projek ini, 4 episod khas Bersamamu telah diterbitkan
dengan pengisiannya mengenai kem-kem pelarian Palestin di
Lubnan. Turut serta dalam rancangan ini adalah Duta Kempen
Bebaskan Bumi Palestin TV3 iaitu penyanyi, Faizal Tahir.
Misi Kemanusiaan LifeLine 4 Gaza dengan menaiki kapal flotilla Mavi MarmaraAqsa Syarif telah diwakili oleh Pengerusinya sendiri iaitu Ustaz
Hasanuddin Mohd Yunus di samping pertubuhan-pertubuhan Malaysia lain seperti HALUAN, Muslimcare, PACE, JIM dan Yayasan Amal. Misi ini bertujuan untuk memecahkan sekatan Israel ke atas
Gaza tetapi telah mengorbankan para syahid iaitu 9 orang dari Turki
apabila tentera Israel melakukan pencerobohan ke atas kapal
tersebut. Namun insiden ini telah berjaya membuka mata
masyarakat dunia tentang kekejaman Israel.


HULURKAN BANTUAN KEPADA RAKYAT PALESTIN......

No comments:

Post a Comment