please click...

Tuesday, 27 September 2011

وقدم عام 2011 الكثير من الذكريات المرة والحلوة التي أحبها مراح..


وقدم عام 2011 الكثير من الذكريات المرة والحلوة في حياتي...
الأول من ذكريات كل شيء لطيفا جدا عندما أستطيع الذهاب للعمرة في الأراضي المقدسة.....فى مايو من هذا العام.... هذا هو تجربة رائعة وجولة العمرة التي أحبها..
قد تلقيت عبادة الله وغفر كل خطاياي... آمين...........

خلال السنة التقيت الرجل في اللغة العربية هي جيدة جدا وأنا أفهم تماما... وأنا سعيد ومنحهالكثير من التشجيع لحياتي................

ولذا فإنني أشعر بأنني أحب وطغت حياتها...
على الرغم من انه يعيش على بعد آلاف الأميال، ولكن... كما لو أنه كان دائما إلى جانبي طوال الوقت.... شكرا لك

ولكن الآن كل من لطيف........................ أنا على الحصول على الكثير تحلق حولها.. ربمالأن الجميع كان مشغولا مع مشاريعهم الخاصة. .

سواء كانت هذه العلاقة قد حان لوضع حد؟
إلا الله سبحانه وتعالى يعلم؟

وقال المحبة بين القارات يحدث دائما........ والآن يحدث لي........؟؟؟؟

اللهم أعوذ لجعله أسهل عندما كان كل شيء أفضل لبلدي العالم وحرمة...

أمين........

KELEBIHAN AYAT KURSI......

SALAM..SEMUA


ayat Kursi selalu kita baca tetapi jarang kita tahu munafaatnya.....marilah kita kongsi sedikit tentang ayat ini......terima kasih kerana membaca....






Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."






Saturday, 17 September 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W







Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dankota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Bismillahi Rahmani Rahim

semoga kita sentiasa mengingati  khutbah Rasulullah SAW...

Tuesday, 13 September 2011

CAMERON HIGHLANDS......

Cameron banyak menggamit kenangan percutian bersama keluargaku...temapatnya yang sejuk dn nyaman jauh dari kesibukan kota amat romantis sekali untuk dilawati.............
selalunya sekurang-kurangnya setahun sekali kami akan mengunjungi cameron...............................................

tapi kami akan lagi/...........insya Allah............





inilah buah kegemaranku...strawbweri......ummmmmmmmmmmm yummmy

Monday, 12 September 2011

IMPIAN MEMBINA RUMAH DI KAMPUNGKU

Sememangnya sudah lama aku menyimpan impian untuk membina sebuah rumah yang cantik dan rumah kecil di kampungku...amat sedih sekali apabila ingatkan permintaan abahku yang meminta aku..membina rumah berhampiran dengan rumahnya...tapi kerana perancanganku..aku buatjuga rumah di bandar..........bersama suamiku..tapi kini "dia " telah tiada..kedua-duanya..abahku dan suamiku telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kami...

aku perlu bangun semula ..membuat perancangan yang baru ..bersama anak-anakku.....................
yaaaaaaa...sememangnya banyak pekara yang perlu diselesaikan dengan sendiri..tapi kenapa aku hilang semangat kini ??????????????
dimanakah aku yang dulu ??
aku yang dulu sentiasa bersemangat dan penuh dengan idea...kini semakin layu..
aku kena bangun semula 
aku kena bangunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
demi hidupku yang baru...
bangun dan membuat tindakan segera..............

akhir-akhir ini ibuku pula yang menggambarkan aku tinggal dan membina rumah di depan rumahnya.
insya Allah...................

adakah impian menjadi kenyaataan dalam masa terdekat ????????????????








RUMAHKU SYURGAKU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Monday, 5 September 2011

SCORE A PROGRAMME...UNTUK KEJAYAAN PELAJAR DAN ANAK ANDA


Score A Programme™

buku

Program Yang Sungguh Hebat
Anak/Pelajar Score A,  IbuBapa/Kita Score RM
(RM30,000 sebulan dalam masa 3 bulan)

Z
AMAN SEDANG BERUBAH…

Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?
Sudahkah ANDA bersedia menghadapi KEGAWATAN EKONOMI?

Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes (di samping enjoy duit).
Bagus untuk budak-budak ni… daripada main computer & tv game je… dan bagus untuk ibubapa juga… sebab busy macam mana pun kerja/bisnes, masih boleh pantau prestasi pelajaran anak-anak.

Pengenalan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami.  Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Programme™  juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.
Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
  • Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

Webucation – The Sunrise Business

forbes
WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity
In Forbes Magazine, Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend." He states it will be the next Multi-Billion if notTrillion Dollar Industry. For those of you who don't know Peter Drucker; he is a highly respected worldwide management consultant guru and author of over 25 books on Business and Management.

Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan  peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.

Sejarah Penubuhan Score A Programme™
  • Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
  • Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
  • R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
  • Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
  • Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
  • Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

Silibus
  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mengandungi lebih 500,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
  • Sekolah Rendah Tahun 1-6
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
    4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
    5. Bahasa Cina
  • Sekolah Menengah Tingkatan 1-3
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik (Bahasa Inggeris)
    4. Sains (Bahasa Inggeris)
    5. Bahasa Cina
    6. Sejarah
    7. Geografi
  • Sekolah Menengah Tingkatan 4-5
  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sejarah
  4. Sains
  5. Perdagangan
  6. Prinsip Akaun
  7. Ekonomi Asas
  8. Fizik
  9. Kimia
  10. Biologi
  11. Matematik Tambahan
  • TERBARU: Input Learning Score A i-Teacher
  • Dari Tahun 1 Hingga Tingkatan 5
i-Teacher Penyelidikan

Score A i-Teacher

Sunday, 4 September 2011

puasa syawal....puasa 6


Dalil-dalil tentang Puasa Syawal,
Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup.” (Hadits Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164)
Hukum Puasa Syawal
Hukumnya adalah sunnah: “Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa 6 hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syafi’i, Ahmad dan banyak ulama terkemuka mengikutinya. Tidaklah benar untuk menolak hadits ini dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama dalam memakruhkan puasa ini, seperti; khawatir orang yang tidak tahu menganggap ini bagian dari Ramadhan, atau khawatir manusia akan menganggap ini wajib, atau karena dia tidak mendengar bahwa ulama salaf biasa berpuasa dalam Syawal, karena semua ini adalah perkiraan-perkiraan, yang tidak bisa digunakan untuk menolak Sunnah yang shahih. Jika sesuatu telah diketahui, maka menjadi bukti bagi yang tidak mengetahui.” (Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuts wal Ifta’, 10/389)

bersambung hari raya di rumah mak


 kenangan hari raya...aidil fitri.....


bersama adik T ..dan myra yang comel bertudung..


gambar adik bongsu bersama suaminya...


my mum.........belum bersedia untuk bergambar nih !!!
mengunjungi pusara abahku..
dan arwah adikku kak ja




 baby daniel..suka buat aksi azan...



Saturday, 3 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011

ASSALAMUALAIKUM...

ALLAH HUAKBAR 3X

Nampaknya kita dahpun selamat menjalani ibadat puasa sebulan dan raya selama pun semestinya sebulan juga kan !!!!!

mavam biasa pada malam raya saya bersama mak akan ke masjid untuk sembahyang tasbeh ...kemudian balik rumah..main mercun,gantung lampu lip lap, ambil ketupat dari tempahan dan begitu sibuk sekali..nasib pada hari itu..saya masak waktu petang lagi..dapatlah berehat awal....

yang lebih menggembirakan melihat telatah anak22 ku dan ank sedaraku yang terlebih gembira pulok >>




bersama anak-anak, mak dan adik lelakiku..padli
di rumah mak di kampung telaga ara..



 afik dan kakak myra
emmmm////



daniel xleh pisah dengan belalainya nih !!



kemeriahan hari raya ialah semasa di meja makan bersama sank sedara...